CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 9, 2008

Elok budi pekerti & DOSA..

Assalamualaikum, dearest readers, today would like to share something from what ive read, semoga ada manfaatnya. its about hadis ke 27 ;

Dari al-Nawwas bin Sim'an radiyallahuanhu dari Nabi SAW sabdanya : Kebaikan itu ialah elok budi pekerti. Dan Dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa dilihat oleh manusia kepadanya.

Diriwayatkan oleh Muslim.

Hadis ini mengandungi nilai akhlaq atau budi pekerti yang menjadi ukuran hidup seorang yang beragama. Dari ukuran ini dapat diketahui nilai kebaikan, sebab kebaikan bererti keelokan budi pekerti.

Also in dis hadis, Rasulullah menerangkan secara ringkas apa yang dinamakan keelokan atau dosa. Simple but padat and understandable. Kebaikan itu ialah elok atau bagus budi pekerti dan dis means kebaikan itu ialah kebaikan budi pekerti.
Kebaikan (kebajikan) menurut istilah agama digunakan dalam dua pengertian, iaitu :

Pertama : Kebaikan digunakan untuk sesama manusia, dan dikhusus pengertian kepada dua ibu bapa, dan banyak juga digunakan untuk sekelian makhluk secara umum. Jadi yang dinamakan kebaikan atau kebajikan itu ialah berbuat sesuatu yang baik kepada sesama makhluk.

Kedua: Kebajikan dalam ertikata melaksanakan segala amal taat sama ada yang zahirnya mahu pun yang batinnya sejajar dan sesuai dengan petunjuk al-Quran iaitu :

1) Taat pada zahir ialah:

Membelanjakan harta menurut yang diredhai Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menyempurnakan janji, dan kesabaran menghadapi segala dugaan,seperti kesakitan dan kesusahan.

2) Taat pada batin ialah :

Keimanan terhadap Allah,malaikatNya, segala kitab dan rasul-RasulNya.

BOth of these are kebaikan, kebaikan menurut kata Rasulullah ialah keelokan budi pekerti. Keelokan budi pekerti tiada lain dari mengerjakan suatu yang ditentu atau disukai, atau sesuatu dengan ibadat dan fikiran tetapi tiada bertentangan dengan petunjuk ugama. Ibn 'Umar berkata :

"Kebaikan itu mudah,muka yang berseri-seri dan kalam yang lemah-lembut"

Sebagaimana telah diterangkan bahawa kebaikan itu ialah keelokan budi pekerti. Maka siapa saja yang berbuat kebaikan bererti berbuat suatu yang baik,sama ada hubungan dengan ALlah mahupun dalam hubungan dengan manusia.Yang demikian tiada ada suatu yang meragukan atau yang menganggu fikiran dan hatinya.

BUT. keadaan ini tiadalah terdapat pada orang yang berbuat suatu yang tidak baik ; iaitu yang salah atau yang berdosa. Kerana perbuatan ini menyebabkan fikiran dan hati orang mengerjakannya dalam serba salah, gelisah dan takut-takut. Inilah sebabnya Abu-al-Darda berkata :

"Kebaikan itu dalam ketenteraman, dan kejahatan itu dalam keraguan"

Dan Rasulullah pada hadis tersebut telah menerangkan suatu yang menyebabkan hal itu,iaitu dosa "apa yang tergetar dalam diri engkau, dan engaku benci akan dilihat manusia kepada suatu yang berdosa itu."

Its true apa yang dikatakan Rasulullah.because if seseorang membuat kesalahan atau suatu yang haram, orang atu akan terasa dalam dirinya satu perasaan yang tidak menyenangkan,hingga dadanya berdebar-debar,hatinya menggeletar kecemasan atau ketakutan atau kebimbangan, tidak suka diketahui atau dilihat atau pun diceritakan orang lain halnya. for example : khalwat, mencuri or anything yang when tani buat, tani rasa inda tenteram or gelisah, or ragu2 kan buat, if benda yang baik, jarang sekali kitani akan ragu2, but if benda yang macam membuatkan tani worried or ingau dat orang akan tahu, hati tani nda tenteram olehnya, bergetar di hati, it is DOSA.

As Ibu Mas'ud said " Dosa itu menggoncangkan hati" Jadi hati adalah pedoman atau pengukur bagi menentukan suatu perkara yang dihadapi seorang, kerana dari isyaratnya atau penunjuknya kepada yang baik dan kepada yang tidak baik dapat dijadikan pegangan yang kukuh.

Wailah bis Al-Asqa pernah berkata pada Rasulullah : "Berilah kepadaku satu fatwa tentang suatu perkara sehingga aku tiada lagi akan bertnya kepada seorang pun sesudah engkau" Maka Rasulullah pun berkata kepadanya "Mintalah fatwa dari engkau sendiri" kataku: Bagaimanakah yang demikian?" Rasulullah menjawab "Engaku tinggalkan apa yang meragukan engkau kepada apa yang tiada meragukan engkau sekalipun telah berfatwa kepada engkau oleh sekalian orang yang berfatwa. Kataku lagi "Bagaimanakah yang demikan?" Rasulullah menjawab "Letakkanlah tangan engkau keatas hati engkau (bagaimanakah keadaan perasaannya.). Kerana hati akan tenang kepada perkara yang halal dan tidak tenang kepada perkara yang haram.

Demikianlah keadaan hati atau jiwa seorang dengan tugas yang amat mustahak dalam menentukan suatu perkara yang diragu-ragukan atau dalam masalah yang tidak diketahui hukumnya.

Adapun dalam perkara yang sudah terang diketahui hukumnya berdasarkan dalil syara',maka tidaklah lagi dikehendaki meminta fatwa hati atau bertanya tentang bagaimana keadaannya. tetapi hati itu sendiri mestilah patuh kepada hukum itu sama ada hatinya merasa senang ataupun tidak. Tegasnya, seorang hendaklah mematuhi syara' yang dimudahkan. Therefore, hendaklah mengikut hukum yang ada nasnya walaupun ada pendapat2 lain yang bertentangan darinya. Kerana tiadalah jalan lain bagi seorang yang beriman kecuali mematuhi Allah dan RasulNya...

Adapun perkara yang meragjukan hati seorang yang tiada nasnya dari Allah dan Rasunya dan tiada pula dari sahabat-sahabatnya serta tiada didapati fatwa dari orang yang terpercayai ilmu dan agamanya. dan kalau pun ada, tetapi fatwa itu didasarkan kepada sangkaan atau pendapat dan tiada disandarkan kepada dalil syara', maka pada waktu itu,hendaklah ia menurut apa yang terasa dalam hatinya dan disinilah ia menentukan sikapnya, walaupun ada orang yang mengeluar fatwa berlainan dengan dia.

Overall, hadis ke 27 menunjukkan :

1) Bahawa keelokan akhlak adalah satu-satunya penilaian kebaikan. tetapi kebaikan ini menurut falsafah Islam tidaklah terletak pada keseluruhannya atas pandangan manusia. Kerana ada yang baik bagi manusia, tapi tidak pada agama, tetapi yang baik pada agama , sudah tentu baik pada manusia . Hanya manusia itu sendiri yang tidak mengerti hakikatnya atau tidak mahu menilai mutunya. refer to [Surah Al-Baqarah , 216]

Keelokan is lawan kejahatan. Kejahatan sememangnya tidak disukai oleh seorang, kecuali jiwanya telah dikotori oleh suatu atau oleh sebab-sebab yang lain. Kerana ini menurut yang difahami dari hadis ini, seorang tidak ingin orang lain mengetahui atau melihat suatu kejahatan yang dikerjakannya. Sebab kejahatan adalah dosa atau menjatuhkan maruahnya. Kejahatan dalam padangan Islam bukan saja ertinya dengan mengerjakan yang hajat atau yang terlarang disisi hukum. Tetapi kejahatan adalah juga dengan meninggalkan suatu perinta yang diwajibkan. Inilah dikatakan oleh 'ulama Islam : "Sebesar-besar kejahatan ialah meninggalkan segala fardhu"

2) Bahawa hati seorang adalah penunjuk kepada suatu pekerjaan yang adakan dilakukannya. Kerana ini sudah sepatutnya ia mengetahui keadaan perasaan atau getaran hatinya atau jiwanya sebelum dikerjakannya. Kalau dirasakan ada ketenteraman atau ketenangan, kerjakanlah, if nda, tinggalkan benda atu..


Hehe. formal kan my bahasa atu. hehe i copied it from the book, sebab hadis yang ke 27 ani berabisslyy interesting. i dont know that before dosa ani yang membuatkan hati tani nda tenang. huhu kesian. but alhamdulillah, dengan petunjuk dari Allah, now i know thru dis hadis. huhu. so yes, as we go on in life everyday, memang banyak benda yang membuatkan hati tani gelisah and all, and membuatkan hati tani mcm ragu2 kan buat sebab ianya boleh menjadi satu dosa. so berdasarkan dari hadis ani, tinggalkan saja lah benda atu. and recently ani jua, ada suatu benda yang membuatkan ana befikir dengan kritis sekali.eseh.hehe. mcm ada benda ani, if ana buat, ana rasa nda nyaman hati and gelisah..berabislah..befikir n terus befikir whether to buat kah nda. mcm usulnya nda plg mendatangkan kesalahan, but still my heart nda rasa nyaman and uneasy lah..and ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR..all the while ana memikirkan tentang perkara atu, ana terjumpa hadis ani ='D and so i decided NOT to do it. that mungkin ada pihak yang akan terasa hati atau tersinggung.but seriously, huhu,hati terasa gelisah sangat.. and if ana buat, terasa mcm malu if dibuat. huhu and mengonvincekan lagi hadis ani, dat if benda yang meragukan, better tinggalkan..and all and all, ALLAH KNOWS THE BEST! :D kan? hehe

so yeah, iatah tu..i hope pihak atu akan faham why lah..amin.tidak berniat pun untuk menjauhkan hati. but, huhu, again as always said, biarlah dapat kemurkaan manusia dari dapat kemurkaan Allah kan.. tadi went out with kak Zai, went makan and catch up a lot of things. =) alhamdulillah.. mula2 nda kan jadi sebab nada transport, but kak zai tah singgahi at home. its nice to catch up things..and update..it remains me again, the reason kami jmpa..ukhwah fillah. alhamdulillah , its always been wonderful.=)

oryt..im done with my post now. before i leave, i want to share something =D

Menurut riwayat bahawa Nabi Adam a.s bewasiat kepada anak-anak dengan beberapa wasiat. Diantaranya ia berpesan bahawa :

1) JIka kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu perbuat. Kerana aku sewaktu akan memakan buah kayu,hatiku telah bergoncang dan gelisah.

2) Jika kamu hendak mengerjakan suatu,lihatlah kesudahannya.kerana kalau aku lihat atau fikirkan tentang kesudahan dan akibat makan buah tersebut,tentu tidak aku makan.

3) Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara,maka berundinglah dengan orang-orang yang tertentu. KErana kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahui kepada aku supaya aku jangan memakan buah yang terlarang itu.

ok..done now. semoga sentiasa didalam kemanisan iman..dan diberi kekuatan untuk sentiasa menikmati kemanisan ajaran Islam =D

Wallahua'lam..wassalam <3

1 comments:

DrChomelMama said...

assalamualaikum kumi! kn tanya..what if some people yang hatinya memang senang berbuat dosa...and inda fikir 2 kali lg kn membuat sesuatu atu e.g. tinggalkan solat. apa komentar anda? hehe