CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label kebaikan. Show all posts
Showing posts with label kebaikan. Show all posts

Monday, June 9, 2008

Elok budi pekerti & DOSA..

Assalamualaikum, dearest readers, today would like to share something from what ive read, semoga ada manfaatnya. its about hadis ke 27 ;

Dari al-Nawwas bin Sim'an radiyallahuanhu dari Nabi SAW sabdanya : Kebaikan itu ialah elok budi pekerti. Dan Dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa dilihat oleh manusia kepadanya.

Diriwayatkan oleh Muslim.

Hadis ini mengandungi nilai akhlaq atau budi pekerti yang menjadi ukuran hidup seorang yang beragama. Dari ukuran ini dapat diketahui nilai kebaikan, sebab kebaikan bererti keelokan budi pekerti.

Also in dis hadis, Rasulullah menerangkan secara ringkas apa yang dinamakan keelokan atau dosa. Simple but padat and understandable. Kebaikan itu ialah elok atau bagus budi pekerti dan dis means kebaikan itu ialah kebaikan budi pekerti.
Kebaikan (kebajikan) menurut istilah agama digunakan dalam dua pengertian, iaitu :

Pertama : Kebaikan digunakan untuk sesama manusia, dan dikhusus pengertian kepada dua ibu bapa, dan banyak juga digunakan untuk sekelian makhluk secara umum. Jadi yang dinamakan kebaikan atau kebajikan itu ialah berbuat sesuatu yang baik kepada sesama makhluk.

Kedua: Kebajikan dalam ertikata melaksanakan segala amal taat sama ada yang zahirnya mahu pun yang batinnya sejajar dan sesuai dengan petunjuk al-Quran iaitu :

1) Taat pada zahir ialah:

Membelanjakan harta menurut yang diredhai Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menyempurnakan janji, dan kesabaran menghadapi segala dugaan,seperti kesakitan dan kesusahan.

2) Taat pada batin ialah :

Keimanan terhadap Allah,malaikatNya, segala kitab dan rasul-RasulNya.

BOth of these are kebaikan, kebaikan menurut kata Rasulullah ialah keelokan budi pekerti. Keelokan budi pekerti tiada lain dari mengerjakan suatu yang ditentu atau disukai, atau sesuatu dengan ibadat dan fikiran tetapi tiada bertentangan dengan petunjuk ugama. Ibn 'Umar berkata :

"Kebaikan itu mudah,muka yang berseri-seri dan kalam yang lemah-lembut"

Sebagaimana telah diterangkan bahawa kebaikan itu ialah keelokan budi pekerti. Maka siapa saja yang berbuat kebaikan bererti berbuat suatu yang baik,sama ada hubungan dengan ALlah mahupun dalam hubungan dengan manusia.Yang demikian tiada ada suatu yang meragukan atau yang menganggu fikiran dan hatinya.

BUT. keadaan ini tiadalah terdapat pada orang yang berbuat suatu yang tidak baik ; iaitu yang salah atau yang berdosa. Kerana perbuatan ini menyebabkan fikiran dan hati orang mengerjakannya dalam serba salah, gelisah dan takut-takut. Inilah sebabnya Abu-al-Darda berkata :

"Kebaikan itu dalam ketenteraman, dan kejahatan itu dalam keraguan"

Dan Rasulullah pada hadis tersebut telah menerangkan suatu yang menyebabkan hal itu,iaitu dosa "apa yang tergetar dalam diri engkau, dan engaku benci akan dilihat manusia kepada suatu yang berdosa itu."

Its true apa yang dikatakan Rasulullah.because if seseorang membuat kesalahan atau suatu yang haram, orang atu akan terasa dalam dirinya satu perasaan yang tidak menyenangkan,hingga dadanya berdebar-debar,hatinya menggeletar kecemasan atau ketakutan atau kebimbangan, tidak suka diketahui atau dilihat atau pun diceritakan orang lain halnya. for example : khalwat, mencuri or anything yang when tani buat, tani rasa inda tenteram or gelisah, or ragu2 kan buat, if benda yang baik, jarang sekali kitani akan ragu2, but if benda yang macam membuatkan tani worried or ingau dat orang akan tahu, hati tani nda tenteram olehnya, bergetar di hati, it is DOSA.

As Ibu Mas'ud said " Dosa itu menggoncangkan hati" Jadi hati adalah pedoman atau pengukur bagi menentukan suatu perkara yang dihadapi seorang, kerana dari isyaratnya atau penunjuknya kepada yang baik dan kepada yang tidak baik dapat dijadikan pegangan yang kukuh.

Wailah bis Al-Asqa pernah berkata pada Rasulullah : "Berilah kepadaku satu fatwa tentang suatu perkara sehingga aku tiada lagi akan bertnya kepada seorang pun sesudah engkau" Maka Rasulullah pun berkata kepadanya "Mintalah fatwa dari engkau sendiri" kataku: Bagaimanakah yang demikian?" Rasulullah menjawab "Engaku tinggalkan apa yang meragukan engkau kepada apa yang tiada meragukan engkau sekalipun telah berfatwa kepada engkau oleh sekalian orang yang berfatwa. Kataku lagi "Bagaimanakah yang demikan?" Rasulullah menjawab "Letakkanlah tangan engkau keatas hati engkau (bagaimanakah keadaan perasaannya.). Kerana hati akan tenang kepada perkara yang halal dan tidak tenang kepada perkara yang haram.

Demikianlah keadaan hati atau jiwa seorang dengan tugas yang amat mustahak dalam menentukan suatu perkara yang diragu-ragukan atau dalam masalah yang tidak diketahui hukumnya.

Adapun dalam perkara yang sudah terang diketahui hukumnya berdasarkan dalil syara',maka tidaklah lagi dikehendaki meminta fatwa hati atau bertanya tentang bagaimana keadaannya. tetapi hati itu sendiri mestilah patuh kepada hukum itu sama ada hatinya merasa senang ataupun tidak. Tegasnya, seorang hendaklah mematuhi syara' yang dimudahkan. Therefore, hendaklah mengikut hukum yang ada nasnya walaupun ada pendapat2 lain yang bertentangan darinya. Kerana tiadalah jalan lain bagi seorang yang beriman kecuali mematuhi Allah dan RasulNya...

Adapun perkara yang meragjukan hati seorang yang tiada nasnya dari Allah dan Rasunya dan tiada pula dari sahabat-sahabatnya serta tiada didapati fatwa dari orang yang terpercayai ilmu dan agamanya. dan kalau pun ada, tetapi fatwa itu didasarkan kepada sangkaan atau pendapat dan tiada disandarkan kepada dalil syara', maka pada waktu itu,hendaklah ia menurut apa yang terasa dalam hatinya dan disinilah ia menentukan sikapnya, walaupun ada orang yang mengeluar fatwa berlainan dengan dia.

Overall, hadis ke 27 menunjukkan :

1) Bahawa keelokan akhlak adalah satu-satunya penilaian kebaikan. tetapi kebaikan ini menurut falsafah Islam tidaklah terletak pada keseluruhannya atas pandangan manusia. Kerana ada yang baik bagi manusia, tapi tidak pada agama, tetapi yang baik pada agama , sudah tentu baik pada manusia . Hanya manusia itu sendiri yang tidak mengerti hakikatnya atau tidak mahu menilai mutunya. refer to [Surah Al-Baqarah , 216]

Keelokan is lawan kejahatan. Kejahatan sememangnya tidak disukai oleh seorang, kecuali jiwanya telah dikotori oleh suatu atau oleh sebab-sebab yang lain. Kerana ini menurut yang difahami dari hadis ini, seorang tidak ingin orang lain mengetahui atau melihat suatu kejahatan yang dikerjakannya. Sebab kejahatan adalah dosa atau menjatuhkan maruahnya. Kejahatan dalam padangan Islam bukan saja ertinya dengan mengerjakan yang hajat atau yang terlarang disisi hukum. Tetapi kejahatan adalah juga dengan meninggalkan suatu perinta yang diwajibkan. Inilah dikatakan oleh 'ulama Islam : "Sebesar-besar kejahatan ialah meninggalkan segala fardhu"

2) Bahawa hati seorang adalah penunjuk kepada suatu pekerjaan yang adakan dilakukannya. Kerana ini sudah sepatutnya ia mengetahui keadaan perasaan atau getaran hatinya atau jiwanya sebelum dikerjakannya. Kalau dirasakan ada ketenteraman atau ketenangan, kerjakanlah, if nda, tinggalkan benda atu..


Hehe. formal kan my bahasa atu. hehe i copied it from the book, sebab hadis yang ke 27 ani berabisslyy interesting. i dont know that before dosa ani yang membuatkan hati tani nda tenang. huhu kesian. but alhamdulillah, dengan petunjuk dari Allah, now i know thru dis hadis. huhu. so yes, as we go on in life everyday, memang banyak benda yang membuatkan hati tani gelisah and all, and membuatkan hati tani mcm ragu2 kan buat sebab ianya boleh menjadi satu dosa. so berdasarkan dari hadis ani, tinggalkan saja lah benda atu. and recently ani jua, ada suatu benda yang membuatkan ana befikir dengan kritis sekali.eseh.hehe. mcm ada benda ani, if ana buat, ana rasa nda nyaman hati and gelisah..berabislah..befikir n terus befikir whether to buat kah nda. mcm usulnya nda plg mendatangkan kesalahan, but still my heart nda rasa nyaman and uneasy lah..and ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR..all the while ana memikirkan tentang perkara atu, ana terjumpa hadis ani ='D and so i decided NOT to do it. that mungkin ada pihak yang akan terasa hati atau tersinggung.but seriously, huhu,hati terasa gelisah sangat.. and if ana buat, terasa mcm malu if dibuat. huhu and mengonvincekan lagi hadis ani, dat if benda yang meragukan, better tinggalkan..and all and all, ALLAH KNOWS THE BEST! :D kan? hehe

so yeah, iatah tu..i hope pihak atu akan faham why lah..amin.tidak berniat pun untuk menjauhkan hati. but, huhu, again as always said, biarlah dapat kemurkaan manusia dari dapat kemurkaan Allah kan.. tadi went out with kak Zai, went makan and catch up a lot of things. =) alhamdulillah.. mula2 nda kan jadi sebab nada transport, but kak zai tah singgahi at home. its nice to catch up things..and update..it remains me again, the reason kami jmpa..ukhwah fillah. alhamdulillah , its always been wonderful.=)

oryt..im done with my post now. before i leave, i want to share something =D

Menurut riwayat bahawa Nabi Adam a.s bewasiat kepada anak-anak dengan beberapa wasiat. Diantaranya ia berpesan bahawa :

1) JIka kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu perbuat. Kerana aku sewaktu akan memakan buah kayu,hatiku telah bergoncang dan gelisah.

2) Jika kamu hendak mengerjakan suatu,lihatlah kesudahannya.kerana kalau aku lihat atau fikirkan tentang kesudahan dan akibat makan buah tersebut,tentu tidak aku makan.

3) Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara,maka berundinglah dengan orang-orang yang tertentu. KErana kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahui kepada aku supaya aku jangan memakan buah yang terlarang itu.

ok..done now. semoga sentiasa didalam kemanisan iman..dan diberi kekuatan untuk sentiasa menikmati kemanisan ajaran Islam =D

Wallahua'lam..wassalam <3

Sunday, June 8, 2008

Menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran

MENYURUH KEBAIKAN DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN

Allah SWT berfirman dalam hadis qudsi :

"serulah manusia berbuat kebajikan dan cegahlah mereka dari melakukan kemungkaran , sebelum tiba saatnya dimana kamu berdoa kepadaKu, tetapi Aku tidak mengabulkan doa kamu. Kamu meminta sesuatu daripadaKu,tetapi Aku tidak memberinya dan kamu meminta pertolonganku, tetapi Aku tidak menolong kamu."
(Hadis Qudsi riwayat Dailami dari 'Aisyah r.a)


Allah SWT memerintahkan for us untuk menyeru kepada kebajikan and kebaikan, and mencegah kemungkaran. Whats kebajikan and kebaikan, im sure everyone tau..for example the simple ones, seru ppl for solat, tutup aurat, makan benda2 yang halal, and kemungkaran? cegah people from menghampiri maksiat, cegah people from buka aurat.and semua perkara2 yang diharamkan dalam Islam. Kitani diingatkan oleh Allah agar melaksanakannya (menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran) NOW before the time comes when, maksiat and kemungkaran atu berleluasa, whichs the reality is happening now.everywhere..maksiat ada dimana2. go to the Mall.u can see banyak benda2 yg pelik. huhu. well not pelik lagi in the society.*sigh* couple holding hands, or even more than that. and simplest,orang buka aurat. dimana2 pun ada. padahal orang Melayu Islam? haiy ;( anyways, when the time comes, nada lagi orang berani menagur and melarang, thats when it comes,terjadi bala bencana dan ujian yang bertubi-tubi dari Allah. (whichs happening now.) and pada saat atu, no use of Doa', tidak bermanfaat permintaan kepada Allah dan tidak akan berhasil permohonan bantuan daripada Allah...kerana tidak akan didengari lagi,tidak akan diperhatikan dan tidak akan dipedulikan sedikit pun. huhu Nauzubillah min Zalik!

Dalam hadis qudsi yg tersebut diatas, ada isyarat agar setiap kejahatan dan kemaksiatan dalam masyarakat mestilah dicegah atau diubah, di saat kejahatan atu bermula, IF nda dicegah,ianaya akan menular, huhu menjadi penyakit kronik yang akan mengakibatkan kehancuran,bahkan orang yg inda melakukan kejahatan tersebut PUN AKAN tertimpa arah mereka.Rasulullah SAW bersabda :

"Apabila manusia melihat kemungkaran dan ia tidak berusaha

mengubahnya,ditakuti Allah akan menimpakan azab SeksaNYA secara

menyeluruh"

=S Lahaula wala Quwwata Illa Billah.. banyak sudah terjadi nowadays, dalam sejarah , tentang kehancuran sesuatu kaum atau bangsa kerana mengabaikan 'amar makruf dan nahi mungkar' . Allah mengemukakan contohnya mengenai nasib Bani Israil dari abad ke abad, seperti diterangkan dalam al-Qur'an :

"Telah dilaknat Bani Israil yang kufur dengan perantaraan lidah Nabi

Daud dan Isa Anak Maryam. Hal itu disebabkan mereka derhaka dan

melanggar peraturan,merekat tidak saling mencegah perbuatan2 mereka

yang mungkar. Sungguh sangat buruk yang sentiasa mereka lakukan itu"

[Surah Al-Maidah 78-79]

Amar makruf dan nahi mungkar is satu perjuangan yang memerlukan hati dan keteguhan pendirian,kerana dis pekerjaan menghadapi risiko dan bahaya.. siapa yang faham,akan faham. but,eventhough tugas ani bahaya, ianya sangat mulia dihadapan Allah.Membasmi kemungkaran adalah satu JIHAD,iaitu satu perjuangan suci yang diredhai oleh Allah. Perhatikan

hadis berikut :

"Jihad yang paling utama ialah menyampaikan kebenaran terhadap penguasa

yang zalim"

Come on Muslims and Muslimahs out there. kerja menyeru kepada kebaikan and mencegah kepada kemungkaran ani, is NOT only for ustaz and ustazahs.(oh even ada ustz ustzhs yang nda melakukan.huhu)ada my lecturer cakap, those yang ada ilmu ugama lebih,or atu andang bidang dorang, di hari kiamat,nanti akan disoal and dihisab MORE den yang lain..akan kena tanya,adakah menyampaikan,adakah mengamalkan segala yg telah dpelajari and all..huhu isint that scary? and dis kerja is not only or agensi2 yang berkenaan saja.BUT its tanggungjawab kitani semua.as mUslims! thats why we need ilmu, more readings,more to gather with org soleh and solehah. to gain ilmu, where we can have it dimana2.tergantung pada usaha masing2. again, jalan ini menuntut pengorbanan.. pengorbanan tenaga,masa,wang..and banyak..ready physically and mentally. let Allah be the judge nanti..for those people yang berkorban di jalan Nya..semata2 mencari keredhaanNya..menegakkan Islam semula!..again..dimanakan pejuang2 Islam? tepuk dada,tanya iman masing2 =) do u want to be one of those people that knw only to sit,read and wait? but NO action?

Semoga menambahkan lagi semangat kitani semua,terlebih2 lagi to me,
yang menyampaikan.Amin. semoga sentiasa dalam redha Allah.
Allahuakbar! <3>