CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 10, 2008

sekadar coretanku..

Ya Rabbi..

Tanpa ku mengenal kekuatanMu...diri ini sungguh lemah...

Tanpa ku kenal betapa luasnya maghfirahMu..diri ini sudah tentu dilumuri dengan dosa..

Tanpa ku kenal betapa hebatnya perancanganMu..diri ini akan selalu disibukkan dengan urusan dunia...

Ya Rabbi..

Biarlah setiap langkah yang ku lakukan keluar dari tempat kediamanku..hanyalah kerana Mu Ya Rabbi..

Biarlah setiap perkara yang dilakukan sepasang tangan ini ..hanyalah kerana bekerja kerana Mu Ya Rabbi..

Biarlah setiap kali mata ini memandang makhluk ciptaan Mu ..hanyalah kerana Mu Ya Rabbi..

Biarlah setiap kali hati ini benci pada sesuatu perkara..hanyalah kerana ingin membela agamaMu ya Rabbi..

Biarlah tika mana hati ini jatuh cinta..hanyalah kerana untuk menambah cintaku kepada Mu ya Rabbi..

Biarlah tika hati ini gelisah..hanyalah kerana diri ini sangat sedikit usaha di jalanMu...

Biarlah setiap kali air mata ini mengalir..hanyalah kerana Mu Ya Rabbi..

Diriku sungguh lemah..
DiaLah yang memberikan ku kekuatan untuk memilih jalan ini..
Jika ku ikut nafsu dan memikirkan diriku semata-mata..
akan ku pilih jalan yang dihiasi dengan bunga2 dan permata..
teruknya diri ku..

Ya Rabbi..
PerancanganMu ini sungguh luar biasa..
luar dari jangkaan ku..
luar dari bayangan ku..
luar dari khayalan ku..

Tapi inilah yang terbaik yang Engkau rancangkan untukku..
yang terbaik untuk ummatMu..
yang terbaik untuk deenMu..
yang terbaik untuk negaraku..

Ya Rabbi..
Ku mohon kekuatan dari Mu..
yang tidak putus2..
agarku sentiasa menggunakan sebaiknya rezkiMu ini..
agarku sentiasa ingat tentang niat ku berhijrah sebenarnya..
agarku sentiasa ingat wajah kedua ibubapa ku..
agarku sentiasa ingat insan2 yang sefahaman denganku..
Berikan ku kekuatan Ya Rabbi..
agar ku tidak mengecewakan mereka..agar ku tidak tenggelam dengan duniaku..agar ku tidak terpesong dari niat ku yang sebenar..

Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Perpisahan adalah suatu perkara yang hati ini sangat benci...
perpisahan adalah suatu perkara yang hati ini sangat takut...
perpisahan adalah suatu perkara yang hati ini sangat risau...
perpisahan adalah suatu perkara yang hati ini sangat gundah...

Tapi Ya Rabbi..sejak ku mengenali diriMu..sejak ku mengenali cinta Mu..sejak ku mengenali pertemuan kerana Mu...

Hati ini seolah2 ada suntikan untuk menerima perpisahan ini..
Andainya perpisahan ini ku lakukan semata2 kerana cinta kepadaMu..
Tabahkan lah hati ini ya rabbi..
Tabahkan lah hati ini berpisah dengan keluargaku..
Tabahkan lah hati ini berpisah dengan teman-temanku..
Tabahkan lah hati ini berpisah dengan pejuang2 dijalanMu..
Tabahkan lah hati ini dengan semua yang pernah singgah dalam hidupku..

Jadikanlah ini suatu perpisahan yang kulakukan,semata2 keranaMu...

ya Allah..
Ku mohon agar kawallah kesedihan ku..
kawal lah kesedihan insan2 yang ku sayang..dan menyayangiku..
kawal lah air mata ini dari terus mengalir.....

Ya Allah..
andainya kami berpisah..
dan tidak akan bertemu lagi didunia ini..
Satukan lah kami semua ya rabbi..
ditaman2 syurgaMu...

='(

Salam sayang buat semua,
uMMi..

0 comments: